Click di bawah,webhosting murah

Ubuntu Unity 7 Desktop Experience Bionic Beaver: Unity Kembali Dihidupkan?



Kita sedia maklum bahawa Unity (dekstop shell/environment) pada Ubuntu telah pun digugurkan beberapa bulan lalu dan diganti dengan Gnome.


Ramai yang 'menarik nafas lega', ramai pula yang berasa kesal dengan keputusan tersebut. Apa yang menarik tentang sesuatu projek bersumber terbuka ini ialah sekiranya ia 'dimatikan' dari satu sumber, namun jika ia mendapat sokongan kuat dari komuniti dan pembangun, maka tidak mustahil untuk ia dapat 'dihidupkan' semula.

Begitulah yang terjadi kepada Ubuntu yang disertakan dengan Unity. nampaknya ura-ura ia kembali dihidupkan (fork) menjadi kenyataan apabila idea tersebut mendapat sokongan dari komuniti.


Dikatakan perbincangan mengenai terbitan baru Ubuntu ini masih dalam perbicangan awal, namun Canonical sudah memberi lampu hijau kepada mereka yang terlibat untuk menggunakan nama 'Ubuntu'.

Kini sudah ada ISO yang berasaskan versi 18.04, namun apabila sudah memasangnya ia dipapar sebagai 17.10.

Bagaimana saya tahu? Saya menulis artikel ini melalui Ubuntu Unity.
Share:

Maxis Hadir Dengan Promosi Akhir Tahun – 10Mbps Untuk RM119, 30Mbps Untuk RM139

Selain daripada Unifi Bonanza, kini Maxis turut hadir dengan penawaran hujung tahun mereka tersendiri yang menawarkan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada harga yang sangat kompetitif.

Kini, Maxis menawarkan diskaun untuk dua pakej mereka, dimana pengguna boleh mendaftar akaun MaxisONE Home 10Mbps pada harga RM119 sebulan (berbanding kebiasaan RM139), dan juga MaxisONE Home 30Mbps pada harga RM139 sebulan (berbanding RM179).


Selain penawaran akses kepada internet, pengguna juga ditawarkan dengan panggilan suara untuk semua talian dalam negara tanpa had secara percuma.

Maxis mengatakan harga promosi ini sah untuk tempoh kontrak selama 24 bulan, dan selepas itu, harga akan berubah seperti biasa.

Untuk pendaftaran pula, Maxis membuka pendaftaran pakej promosi ini untuk pelanggan baru untuk pakej 10Mbps, sementara pakej 30Mbps dibuka untuk pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada MaxisONE Home yang telah tamat kontrak 2 tahun mereka.

Promosi ini ditawarkan oleh Maxis daripada hari ini sehingga 31 Disember 2017 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Maxis hari ini, dan mungkin boleh melakukan peralihan ke pakej ini untuk menikmati penjimatan.

Layari MaxisONE Home
Share:

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID.

Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti dapat dinyakunci dalam masa 0.9 saat. Face ID pula memerlukan 1.48 saat untuk peranti dinyahkunci.

Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana hanya jari perlu menekan butang home dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin.

Perbezaan masa nyakunci ini adalah kecil tetapi bagi mereka yang sudah biasa dengan kepantasan ia mungkin akan menjengkelkan. Kami secara peribadi tidak mengunci peranti kerana sudah menjadi tabiat sejat tujuh tahun yang lalu.

Sumber Rujukan : Tomsguide
Share:

Sistem Pengimbas Face ID Pada iPhone X Telah Berjaya Dipintas


Sistem Face ID ialah pertaruhan berani mati Apple setelah ia menggantikan sepenuhnya sistem imbasan Touch ID pada iPhone X. Menurut Apple sistem Face ID adalah lebih sukar dipintas berbanding Touch ID. Sistem yang selamat ini walaubagaimanapun telah berjaya dipintas oleh firma sekuriti Bkav yang berpangkalan di Vietnam.



Topeng yang dihasilkan menggunakan cetakan tiga dimensi, gambar wajah pemilik dan hidung yang diperbuat daripada silikon digunakan untuk memintas Face ID pada sebuah iPhone X. Ini menurut Bkav membuktikan sistem imbasan Face ID masih belum matang untuk digunakan sebagai sistem sekuriti. Sebelum ini Bkav juga pernah memintas sistem imbasan wajah yang digunakan pada komputer riba. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan mengenai isu ini.

Sistem imbasan wajah mempunyai sejarah dipintas firma keselamatan. Sebelum ini pengimbas iris pada Galaxy S8 telah dipintas Chaos Computer Club menggunakan gambar infra merah dan kanta lekap.

Sumber BKAV melalui Apple Insider,
Sumber 2 Amanz
Share:

Ketahui Kitar Hayat Bateri Komputer melalui BatteryCare

Bateri merupakan antara komponen penting pengguna komputer riba khususnya bagi mereka yang kerap melakukan tugas atau melayari Internet ketika berada diluar rumah atau tempat yang tidak mempunyai soket elektrik. Namun, seperti komponen komputer yang lain, bateri turut mempunyai penyusutan dalam tempoh hayatnya dan amat jarang sekali prestasi bateri kekal maksimum terutama bila telah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Antara tips yang biasa didengar untuk memanjangkan tempoh hayat bateri adalah dengan mengeluarkan bateri dari slot komputer riba apabila komputer disambungkan kepada soket elektrik. Namun, tanpa mengetahui maklumat seperti tempoh hayat dan kapasiti bateri, tindakan ini dikhuatiri akan mendatangkan kesan lain pada komponen komputer riba.

Kini, dengan menggunakan perisian BatteryCare, anda boleh mengetahui tempoh hayat serta maklumat tenaga, rekod penggunaan, dan melakukan kaliberasi bateri.


Melalui BatteryCare, perisian tersebut membawakan maklumat penggunaan, jumlah tenaga, kapasiti dan tahap penggunaan. Dari aspek kaliberasi, BatteryCare turut mencatatkan rekod kaliberasi tarikh dan jumlah kaliberasi yang dilakukan.

BatteryCare yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows ini turut dioptimasikan agar berfungsi mengikut pelan kuasa yang ditetapkan oleh Windows seperti Balanced atau High Performance dan sokongan kepada pelan kuasa yang direka oleh pengguna.

Menariknya, BatteryCare turut didatangkan dengan fungsi termometer maya yang memaparkan suhu komponen komputer seperti cakera keras dan CPU dengan baik sekali.

Bagi anda yang ingin lebih kawalan dan maklumat mengenai hayat bateri komputer riba, anda mungkin boleh mencuba perisian ini dengan memuat turun BatteryCare hari ini.
Share:

Apple Iphone X dinobatkan telefon pintar mudah pecah ( Research )


Sebuah syarikat pembekal warranti telefon, SquareTrade telah melaporkan dalam ujian mereka yang Apple iPhone X yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, adalah telefon pintar paling mudah pecah setakat ini.




Takhta tersebut sebelum ini dipegang oleh Samsung Galaxy S8, di mana Samsung S8 menjadi telefon pintar pertama yang pecah pada semua bahagian dalam ujian jatuhan pertama dan mendapat 76 daripada 100 markah. Semakin tinggi markah dalam ujian mereka, semakin tinggi risiko untuk telefon tersebut mudah pecah.

Apple iPhone X pula dilabelkan sebagai rekaan telefon pintar yang mempunyai risiko 90 daripada 100 markah, melalui ujian mereka.

 Dengan menggunakan beberapa siri ujian bagi menguji ketahanan peranti terbaru syarikat Apple itu, pada jatuhan pertama setinggi 6 kaki sudah cukup untuk merosakkan skrin telefon tersebut serta mencalarkan bahagian badan.

Jatuhan terus pada bahagian skrin pula menyebabkan bahagian skrin iPhone X retak dengan bahagian kacanya mula longgar. Bahagian belakang telefon tersebut yang juga diperbuat daripada kaca mengalami retak besar apabila dijatuhkan pada bahagian belakang.


Walaupun ada pihak mempertikaikan hasil ujian yang dijalankan oleh SquareTrade yang dikatakan lebih berminat untuk mempromosikan warranti tambahan bagi peranti-peranti telefon yang mereka jual, SquareTrade menafikan dakwaan tersebut. Ujian yang dijalankan oleh SquareTrade bertujuan untuk mengenalpasti dakwaan pihak Apple, yang mendakwa kaca yang meliputi iPhone X adalah paling lasak pernah digunakan dalam peranti keluaran mereka setakat ini.



Peminat-peminat produk Apple menafikan dakwaan SquareTrade dengan ujian-ujian yang mereka lakukan sendiri, namun konklusi sama turut diperolehi oleh pihak CNet, media gergasi Amerika Syarikat yang melakukan ujian yang hampir serupa dengan ujian SquareTrade.

Dalam ujian CNet, iPhone X yang dijatuhkan hanya dari jarak 3 kaki sudah mengalami retakan pada jatuhan pertama dan dalam siri ujian lain, iPhone X tidak berupaya tahan dan mengalami kerosakan teruk.



Apa yang menakutkan, kos untuk membaiki peranti yang berharga RM5000 lebih di Malaysia ini juga tinggi dan serta sukar dibuat, menjadikan Apple iPhone X diisytiharkan sebagai telefon pintar paling mudah pecah dan cukup sukar untuk dibaiki, berdasarkan ujian CNet, ketinggian 3 kaki pun sudah cukup untuk menjahanamkan iPhone X anda.

Nasihat kami, andai ada di antara pembaca Iluminasi yang mampu membeli sebuah Apple iPhone X ini, gunakanlah bekas pelindung untuk telefon anda sejak hari pertama anda membelinya. Takut-takut jatuh dan pecah, membuatkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.
Share:

Cara Membuat Serangan DDOS terhadap Website

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ini admin akan ajar para pembaca step by step membuat serangan DDOS.

Untuk pengetahuan anda semua, serangan DDOS tidak dapat dielakkan bagi pemilik website. Kenapa tidak dapat elak?
Baca posting saya sebelum ini tentang APA ITU DDOS?. Serangan DDOS tidak la terlalu rumit kerana untuk membuat
serangan DDOS ni budak darjah 5 pun boleh buat.

Sebenarnya , admin dah lama cuci tangan dalam bab bab macam ni. Ni admin main masa zaman jahiliyah ketika form 5 until diploma semester 3. Sekarang x tahu la masih ada ka orang main DDOS ni.haha

Bagi pengguna OS windows ada 3 cara untuk membuat serangan DDOS. Ketiga tiga alat ni sahaja yang admin tahu kerana
admin pernah pakai ketika zaman jahiliyah dulu.haha

1) CMD  ( Command Prompt )
2) LOIC ( Low Orbit Ion Cannon )
3) HOIC ( High Orbit Ion Cannon )


Okay, Kali ini admin akan ajar cara membuat serangan DDOS menggunakan CMD. Untuk PENGETAHUAN pembaca, serangan
DDOS tidak akan berjaya dengan seorang penyerang sahaja. Macamana nak fahamkan ya? Okay, macam ni.. Korang pernah
alami x, nak buka website portal Universiti korang nak cek keputusan Final exam tapi tak dapat bukak? Server loading
lama sangat dan kadang-kadang langsung tidak dapat buka? Mesti pernah kan. Hali ini disebabkan terlalu banyak ping
dari user user yang nak bukak laman web tersebut. faham kan? konteks dia sama la dengan DDOS. Tapi serangan DDOS ni
lagi power sebab 1 pc boleh menghantar beratus ping. Okay proceed ke tutorial.

DDOS MENGGUNAKAN CMD

1) Buka CMD & taip ping [alamat website]. Step ni ajar anda bagaimana mencari alamat IP untuk
   website target. Sebagai contoh admin gunakan www.arfiqri.com. So commandnya adalah:

  # ping www.arfiqri.com

Kemudian, tekan enter.. selepas beberapa saat hasil akan terpapar. Yand admin bulatkan adalah Ip adress untuk website www.arfiqri.com . 172.217.24.179


2) So ip adress kita dah dapat kan. 172.217.24.179 . selepas itu , kita masukkan command

    #  ping 172.217.24.179 -l 399 -n 1000 -w 10

-n= nilai ping ( letak berapa berapa ja ) -W= jangka masa untuk menghantar setiap ping
-l= Saiz paket data yang dihantar

Kemudian , tunggu website yang kita target tu down.. Tapi kena ingat, serangan memamg tidak akan menjadi kalau satu pc ja yang buat serangan DDOS .hahaha


Selain menggunakan CMD, ada dua tools untuk membuat serangan DDOS iaitu LOIC & HOIC.
Tapi yang ni admin tak perlu ajar , rasanya yang di atas dah cukup kot.hahaha


Sekian terima Kasih.. Tutorial yang admin ajar hanya untuk kegunaan pembelajaran sahaja. Next post admin akan ajar banyak tutorial lagi okay.
Share:

Apa Itu DoS dan DDoS Attack?

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mesti ramai yang belum tahu kan apa itu DDOS?

Denial-of-Service Attack (DoS Attack) atau Distributed Denial-of-Service Attack (DDoS Attack) adalah satu percubaan untuk menjadikan sumber komputer 'tidak tersedia'@'OFFLINE' untuk penggunanya. Dengan kaedah serangan DoS, permintaan (request) dihantar merentasi rangkaian dari sudut serangan tunggal ke sasaran tunggal atau berbilang (destinasi) pelayan dan memperbanyakkan ia dengan permintaan yang palsu. Dengan memperbanyakkan permintaan tersebut, maka permintaan yang asli tidak dilayan, dan dari situlah berlakunya PENAFIAN PERKHIDMATAN (Denial-of-Service).

Perbezaan utama antara keduanya ialah bahawa serangan DoS ini datang dari satu sumber dan DDoS daripada pelbagai sumber. Serangan DoS ini berlaku apabila penyerang membanjiri rangkaian dengan pelbagai maklumat. Apabila anda menaip URL laman web tertentu ke dalam pelayar anda, anda menghantar permintaan kepada pelayan komputer yang menjadi tapak kepada laman web itu, untuk melihat halaman laman web tersebut. Pelayan hanya boleh memproses beberapa permintaan sekaligus, jadi jika penyerang membebani pelayan dengan permintaan yang begitu banyak, ia tidak dapat memproses permintaan anda. Ini adalah 'penafian perkhidmatan' kerana anda gagal mengakses laman web itu. Korang dah mula faham dengan penjelasan mengenai kaedah serangan ini?

Kaedah serangan DDoS boleh menggunakan komputer anda untuk menyerang komputer lain. Dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan atau lubang-lubang keselamatan, seorang penyerang dapat mengambil alih komputer anda. Beliau kemudian boleh memaksa komputer anda untuk menghantar jumlah data yang besar ke laman web atau menghantar spam kepada alamat e-mel tertentu. Serangan itu 'diedarkan' (distributed) kerana penyerang menggunakan komputer secara berbilang, termasuk komputer anda, untuk melancarkan serangan penafian perkhidmatan.

Dengan kata mudah ambil contoh kita menghantar pelbagai permintaan HTTP (HTTP Request) kepada sasaran. Pelayan mempunyai lebar jalur yang tetap dan had bandwidth tertentu jadi apabila kita menghantar beribu-ribu permintaan atau sesi pada masa tertentu dari satu titik tunggal, selepas beberapa sela masa pelayan itu (server) akan 'mati' @ 'down'.

Gejala serangan DDoS terhadap website:

* Prestasi rangkaian menurun. Tidak seperti biasa, buka fail atau akses website lebih perlahan.
* Ciri-ciri tertentu di tapak website hilang.
* Laman web tidak boleh diakses.
* Peningkatan bilangan e-mel spam yang diterima adalah dramatik. Jenis DoS ini sering disebut   "Bom Mail".


Tetapi anda sebagai pemilik website boleh mengelak serangan DDOS ini dengan memasang beberapa plugins atau tools yang telah disediakan oleh vendor Webhosting anda semua. Dengan kepakaran IT para pemaju pemaju aplikasi di dunia telah menyediakan banyak cara & tools yang boleh anda pasang di website anda sendiri bagi mengelak serangan DDOS. Sebagai contoh gambar di bawah. Website berkenaan telah memasang ANTI-DDOS untuk mengelakkan serangan DDOS.


Antara jenis-jenis serangan DoS ialah:

- Ping Flood
- Ping of Death.
- Smurf / Smurfing Attack
- SYN Flood
- Fraggle
- Tear Drop
- LOIC ( LOW ORBIT CANNON )
- HOIC ( HIGH ORBIT CANNON )

Posting seterusnya saya akan ajar anda step by step untuk membuat serang ddos website.
Share:

Popular Posts

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

About Me

Followers

Popular

Labels

Artikel (11) Hack (8) News (8) software (8) Tips (24) Windows 8 (3)

Pages