Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah dikunci tersebut dalam bentuk wang digital atau Bitcoin.
Ramai orang masih tertanya-tanya apa itu Bitcoin? Berikutan itu, kami akan jelaskan kepada anda tentang Bitcoin atau matawang digital dengan harapan anda dapat faham sedikit sebanyak mengenainya. Video dibawah adalah pengenalan ringkas tentang Bitcoin.
Bitcoin ialah sejenis matawang digital yang di panggil Cryptocurrency. Bahasa mudahnya adalah wang internet. Ia dicipta oleh seorang lelaki misteri yang digelar Satoshi Nakamoto.
Yang menarik dan unik tentang matawang ini ialah ia tidak memerlukan orang tengah dalam setiap urusan transaksi. Bermaksud, anda sendiri yang mengawal wang anda tanpa melibatkan pihak ketiga seperti bank.
Anda mungkin akan tertanya, apa itu Blockchain atau adakah ia boleh dipercayai dan bagaimana ia berfungsi? Infografik ini mungkin dapat membantu anda faham bagaimana ia berfungsi.
Jika anda tidak faham infografik diatas, cuba tengok video yang
berdurasi selama 10 minit ini. Paul Hickey dan anaknya yang melakonkan
situasi agar dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.
Setiap proses transaksi direkod dalam rangkaian log awam (Public Ledger) atau Blockchain seperti yang dijelaskan dalam sumber diatas dan penguna tidak akan didedahkan identiti mereka kecuali ID Wallet Bitcoin.
Nilai Bitcoin kini makin meningkat berbanding penilaian tertinggi pertamanya pada tahun 2013 iaitu USD1000 untuk satu Bitcoin.
Dan baru-baru ini nilai satu bitcoin telah mencecah sebanyak USD 2000(MYR8566.90). Dan pada tarikh artikel ini ditulis dan disiarkan, nilainya semakin naik dan kini telah mencecah USD 6023.92 ( RM25, 433 ) untuk satu Bitcoin.
Gila kan harga dia? nak melabur? boleh pm.haha
No comments:
Post a Comment