Click di bawah,webhosting murah

Cara nak elak dari serangan Ransomware

Apa itu Ransomware atau virus WannaCry?

 Ransomware ialah sejenis perisian yang akan menyerang komputer anda dan mengunci semua data-data penting. Untuk membuka kunci tersebut, anda perlu bayar bermula dari USD300 dalam bentuk bitcoin cryptocurrency atau wang digital.

 Kisah yang diambil dari The New York Times,


Ibu saya menerima satu nota sehari sebelum Hari Kesyukuran. Nota itu muncul di skrin komputernya,

“Fail anda dikunci. Untuk mendapatkan kunci, anda perlu membayar 300 USD.”

Jika ibu saya gagal membayar dalam masa seminggu, harga akan dinaikkan kepada 1,000 USD. Sekiranya gagal juga, semua datanya akan dipadam dan dihilangkan selama-lamanya.

Kapersky Lab mencatatkan lebih dari 47,000 serangan virus ini di 74 negara. Dan menurut Avast, mereka mengenalpasti hampir 57,000 serangan di seluruh dunia.

 

Bagaiman Cara Ia Menyerang.

Ransomware akan mula menyerang apabila anda tidak sengaja membuka email atau tertekan mana-mana pautan yang anda tidak tahu sumbernya.

Kemudian virus ini akan menyerang komputer-komputer lain disekeliling yang mengunakan sumber internet yang sama seperti Wi-Fi.

Ransomware tak pernah merebak sepantas ini. Pengodam yang mengelar diri mereka, “Shadow Brokers” berterima kasih atas kecurian NSA sejata siber yang dinamakan EternalBlue.

Lakukan Perkara Ini Sebelum Terkena.

Jika anda mengunakan komputer Microsoft, cepat-cepat ikut langkah ini sebelum anda terkena serangan siber dunia ini.

1. Jangan simpan fail-fail penting dalam komputer anda.
2. Simpan fail di 2 tempat berasingan. Guna External Hard-Drive atau pakai aplikasi seperti Dropbox, Google Drive dan sebagainya.
3. Jangan buka apa-apa email atau tekan mana-mana pautan dari orang yang anda tak kenali.
4. Kemaskini semua perisian yang anda guna termasuk Windows Microsoft. Ini WAJIB.
5. Microsoft mencadangkan anda mengunakan Windows 10 dan pasang sekuriti yang dikemaskini MS17-010.

Jangan bayar untuk membuka kembali fail anda yang telah dikunci sebab tiada jaminan serangan ini akan terhenti. Ingat, anda berurusan dengan penjenayah siber.

Anda boleh teruskan bacaan anda dipautan-pautan yang kami sediakan. Sekiranya anda ingin menyuarakan pendapat dan pandangan atau cadangan yang lain, komen dibawah.

Sekiranya artikel ini membantu, sebarkan kepada rakan yang memerlukan sebelum mereka terkena jangkitan virus ini.

Sumber : The New York Times, Heimdal Security, Avast Security, CNN, Foxnews.


Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

About Me

Followers

Popular

Labels

Artikel (11) Hack (8) News (8) software (8) Tips (24) Windows 8 (3)

Pages