Click di bawah,webhosting murah

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Maxis Hadir Dengan Promosi Akhir Tahun – 10Mbps Untuk RM119, 30Mbps Untuk RM139

Selain daripada Unifi Bonanza, kini Maxis turut hadir dengan penawaran hujung tahun mereka tersendiri yang menawarkan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada harga yang sangat kompetitif.

Kini, Maxis menawarkan diskaun untuk dua pakej mereka, dimana pengguna boleh mendaftar akaun MaxisONE Home 10Mbps pada harga RM119 sebulan (berbanding kebiasaan RM139), dan juga MaxisONE Home 30Mbps pada harga RM139 sebulan (berbanding RM179).


Selain penawaran akses kepada internet, pengguna juga ditawarkan dengan panggilan suara untuk semua talian dalam negara tanpa had secara percuma.

Maxis mengatakan harga promosi ini sah untuk tempoh kontrak selama 24 bulan, dan selepas itu, harga akan berubah seperti biasa.

Untuk pendaftaran pula, Maxis membuka pendaftaran pakej promosi ini untuk pelanggan baru untuk pakej 10Mbps, sementara pakej 30Mbps dibuka untuk pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada MaxisONE Home yang telah tamat kontrak 2 tahun mereka.

Promosi ini ditawarkan oleh Maxis daripada hari ini sehingga 31 Disember 2017 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Maxis hari ini, dan mungkin boleh melakukan peralihan ke pakej ini untuk menikmati penjimatan.

Layari MaxisONE Home
Share:

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID.

Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti dapat dinyakunci dalam masa 0.9 saat. Face ID pula memerlukan 1.48 saat untuk peranti dinyahkunci.

Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana hanya jari perlu menekan butang home dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin.

Perbezaan masa nyakunci ini adalah kecil tetapi bagi mereka yang sudah biasa dengan kepantasan ia mungkin akan menjengkelkan. Kami secara peribadi tidak mengunci peranti kerana sudah menjadi tabiat sejat tujuh tahun yang lalu.

Sumber Rujukan : Tomsguide
Share:

Sistem Pengimbas Face ID Pada iPhone X Telah Berjaya Dipintas


Sistem Face ID ialah pertaruhan berani mati Apple setelah ia menggantikan sepenuhnya sistem imbasan Touch ID pada iPhone X. Menurut Apple sistem Face ID adalah lebih sukar dipintas berbanding Touch ID. Sistem yang selamat ini walaubagaimanapun telah berjaya dipintas oleh firma sekuriti Bkav yang berpangkalan di Vietnam.



Topeng yang dihasilkan menggunakan cetakan tiga dimensi, gambar wajah pemilik dan hidung yang diperbuat daripada silikon digunakan untuk memintas Face ID pada sebuah iPhone X. Ini menurut Bkav membuktikan sistem imbasan Face ID masih belum matang untuk digunakan sebagai sistem sekuriti. Sebelum ini Bkav juga pernah memintas sistem imbasan wajah yang digunakan pada komputer riba. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan mengenai isu ini.

Sistem imbasan wajah mempunyai sejarah dipintas firma keselamatan. Sebelum ini pengimbas iris pada Galaxy S8 telah dipintas Chaos Computer Club menggunakan gambar infra merah dan kanta lekap.

Sumber BKAV melalui Apple Insider,
Sumber 2 Amanz
Share:

Ketahui Kitar Hayat Bateri Komputer melalui BatteryCare

Bateri merupakan antara komponen penting pengguna komputer riba khususnya bagi mereka yang kerap melakukan tugas atau melayari Internet ketika berada diluar rumah atau tempat yang tidak mempunyai soket elektrik. Namun, seperti komponen komputer yang lain, bateri turut mempunyai penyusutan dalam tempoh hayatnya dan amat jarang sekali prestasi bateri kekal maksimum terutama bila telah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Antara tips yang biasa didengar untuk memanjangkan tempoh hayat bateri adalah dengan mengeluarkan bateri dari slot komputer riba apabila komputer disambungkan kepada soket elektrik. Namun, tanpa mengetahui maklumat seperti tempoh hayat dan kapasiti bateri, tindakan ini dikhuatiri akan mendatangkan kesan lain pada komponen komputer riba.

Kini, dengan menggunakan perisian BatteryCare, anda boleh mengetahui tempoh hayat serta maklumat tenaga, rekod penggunaan, dan melakukan kaliberasi bateri.


Melalui BatteryCare, perisian tersebut membawakan maklumat penggunaan, jumlah tenaga, kapasiti dan tahap penggunaan. Dari aspek kaliberasi, BatteryCare turut mencatatkan rekod kaliberasi tarikh dan jumlah kaliberasi yang dilakukan.

BatteryCare yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows ini turut dioptimasikan agar berfungsi mengikut pelan kuasa yang ditetapkan oleh Windows seperti Balanced atau High Performance dan sokongan kepada pelan kuasa yang direka oleh pengguna.

Menariknya, BatteryCare turut didatangkan dengan fungsi termometer maya yang memaparkan suhu komponen komputer seperti cakera keras dan CPU dengan baik sekali.

Bagi anda yang ingin lebih kawalan dan maklumat mengenai hayat bateri komputer riba, anda mungkin boleh mencuba perisian ini dengan memuat turun BatteryCare hari ini.
Share:

Apple Iphone X dinobatkan telefon pintar mudah pecah ( Research )


Sebuah syarikat pembekal warranti telefon, SquareTrade telah melaporkan dalam ujian mereka yang Apple iPhone X yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, adalah telefon pintar paling mudah pecah setakat ini.




Takhta tersebut sebelum ini dipegang oleh Samsung Galaxy S8, di mana Samsung S8 menjadi telefon pintar pertama yang pecah pada semua bahagian dalam ujian jatuhan pertama dan mendapat 76 daripada 100 markah. Semakin tinggi markah dalam ujian mereka, semakin tinggi risiko untuk telefon tersebut mudah pecah.

Apple iPhone X pula dilabelkan sebagai rekaan telefon pintar yang mempunyai risiko 90 daripada 100 markah, melalui ujian mereka.

 Dengan menggunakan beberapa siri ujian bagi menguji ketahanan peranti terbaru syarikat Apple itu, pada jatuhan pertama setinggi 6 kaki sudah cukup untuk merosakkan skrin telefon tersebut serta mencalarkan bahagian badan.

Jatuhan terus pada bahagian skrin pula menyebabkan bahagian skrin iPhone X retak dengan bahagian kacanya mula longgar. Bahagian belakang telefon tersebut yang juga diperbuat daripada kaca mengalami retak besar apabila dijatuhkan pada bahagian belakang.


Walaupun ada pihak mempertikaikan hasil ujian yang dijalankan oleh SquareTrade yang dikatakan lebih berminat untuk mempromosikan warranti tambahan bagi peranti-peranti telefon yang mereka jual, SquareTrade menafikan dakwaan tersebut. Ujian yang dijalankan oleh SquareTrade bertujuan untuk mengenalpasti dakwaan pihak Apple, yang mendakwa kaca yang meliputi iPhone X adalah paling lasak pernah digunakan dalam peranti keluaran mereka setakat ini.



Peminat-peminat produk Apple menafikan dakwaan SquareTrade dengan ujian-ujian yang mereka lakukan sendiri, namun konklusi sama turut diperolehi oleh pihak CNet, media gergasi Amerika Syarikat yang melakukan ujian yang hampir serupa dengan ujian SquareTrade.

Dalam ujian CNet, iPhone X yang dijatuhkan hanya dari jarak 3 kaki sudah mengalami retakan pada jatuhan pertama dan dalam siri ujian lain, iPhone X tidak berupaya tahan dan mengalami kerosakan teruk.



Apa yang menakutkan, kos untuk membaiki peranti yang berharga RM5000 lebih di Malaysia ini juga tinggi dan serta sukar dibuat, menjadikan Apple iPhone X diisytiharkan sebagai telefon pintar paling mudah pecah dan cukup sukar untuk dibaiki, berdasarkan ujian CNet, ketinggian 3 kaki pun sudah cukup untuk menjahanamkan iPhone X anda.

Nasihat kami, andai ada di antara pembaca Iluminasi yang mampu membeli sebuah Apple iPhone X ini, gunakanlah bekas pelindung untuk telefon anda sejak hari pertama anda membelinya. Takut-takut jatuh dan pecah, membuatkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.
Share:

Apa itu Bitcoin & Matawang Digital?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu serangan internet bernama WannaCry yang bertindak mengunci semua fail penting didalam komputer.

Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah dikunci tersebut dalam bentuk wang digital atau Bitcoin.

Ramai orang masih tertanya-tanya apa itu Bitcoin? Berikutan itu, kami akan jelaskan kepada anda tentang Bitcoin atau matawang digital dengan harapan anda dapat faham sedikit sebanyak mengenainya. Video dibawah adalah pengenalan ringkas tentang Bitcoin.


Bitcoin ialah sejenis matawang digital yang di panggil Cryptocurrency. Bahasa mudahnya adalah wang internet. Ia dicipta oleh seorang lelaki misteri yang digelar Satoshi Nakamoto.

Yang menarik dan unik tentang matawang ini ialah ia tidak memerlukan orang tengah dalam setiap urusan transaksi. Bermaksud, anda sendiri yang mengawal wang anda tanpa melibatkan pihak ketiga seperti bank.

Anda mungkin akan tertanya, apa itu Blockchain atau adakah ia boleh dipercayai dan bagaimana ia berfungsi? Infografik ini mungkin dapat membantu anda faham bagaimana ia berfungsi.

Jika anda tidak faham infografik diatas, cuba tengok video yang berdurasi selama 10 minit ini. Paul Hickey dan anaknya yang melakonkan situasi agar dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.



Setiap proses transaksi direkod dalam rangkaian log awam (Public Ledger) atau Blockchain seperti yang dijelaskan dalam sumber diatas dan penguna tidak akan didedahkan identiti mereka kecuali ID Wallet Bitcoin.

Nilai Bitcoin kini makin meningkat berbanding penilaian tertinggi pertamanya pada tahun 2013 iaitu USD1000 untuk satu Bitcoin.

Dan baru-baru ini nilai satu bitcoin telah mencecah sebanyak USD 2000(MYR8566.90). Dan pada tarikh artikel ini ditulis dan disiarkan, nilainya semakin naik dan kini telah mencecah USD 6023.92 ( RM25, 433 ) untuk satu Bitcoin.

Gila kan harga dia? nak melabur? boleh pm.haha
Share:

SEKAT LAMAN PORNO DENGAN GEMPUR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Atas permintaan seorang bekas senior satu skolah dengan saya , admin buat entry khas for her.hehe ok..

Zaman sekarang internet dah makin tak sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini disebabkan semakin banyak laman web lucah yang mudah untuk diakses oleh kanak-kanak, lebih-lagi belia dan budak-budak zaman sekarang ni kecik-kecik dah pandai pegang laptop..

Laman web yang dimaksudkan tu ialah website PORNO atau laman web lucah. bukan website porno negara barat ja yang ada, yang tempatan pun ada. ish ish ish... 
Jadi bagi ibu bapa diluar sana mesti takut nak bagi anak-anak main internet kan? Jangan risau, ibu bapa boleh BLOCK atau SEKAT laman web porno ini dengan GEMPUR.

Apa itu GEMPUR??
               
               "GEMPUR  PROJEK ANTI-PORNO PERTAMA DI MALAYSIA"



Gempur adalah aplikasi atau perisian percuma yang dibangunkan oleh anak tempatan MALAYSIA iaitu Haidy Sulaiman .

Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk menyekat laman-laman sesawang berunsur PORNO. 
Anda hanya perlu download percuma di laman web Gempur.org dan kemudian memasang di komputer. 

Sangat senang untuk digunakan. Jadi lepas ini ibu bapa dah tak perlu risau lagi untuk bagi anak-anak main internet. Tapi pengawasan ibu bapa tu masih diperlukan.

Baiklah itu saja. jom intall GEMPUR!

Boleh download dengan tekan link di bawah.. Sekian...

(note:pastikan anda matikan popup blocker bagi memudahkan proses download)


Sumber asal dari http://www.reaperz.net/
Share:

Spesifikasi Smartphone Android Motorola Moto E Muncul di Internet, dengan Prosesor Dual Core dan RAM 1GB

Selepas penjualannya ke tangan Lenovo, Motorola masih  terus aktif di pasar smartphone. Sebuah smartphone baru yang dikhabarkan mempunyai nama Moto E pun siap dilancarkan oleh Motorola. Dan kini, spesifikasi smartphone tersebut baru saja muncul di internet.


Dalam pembocoran tersebut, handphone ini hadir dengan prosesor dual core yang berkecepatan 1.2GHz. Kinerja prosesor tersebut ditunjang oleh RAM sebesar 1GB serta memori internal berkapasitas 4GB. Dan merujuk pada informasi spesifikasi tersebut, handphone ini bakal ditujukan untuk segmen low end.
Selanjutnya, handphone ini juga kabarnya mempunyai layar berukuran 4.3 inci dengan resolusi yang belum bisa diketahui. Handphone ini juga akan hadir dengan kamera utama 5MP serta kamera sekunder di bagian depan. Fitur lainnya, terdapat baterai berkapasitas 1900 mAh, FM radio serta OS Android KitKat 4.4.

sumber:Berita Teknologi
Share:

Popular Posts

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

About Me

Followers

Popular

Labels

Artikel (11) Hack (8) News (8) software (8) Tips (24) Windows 8 (3)

Pages