Kita sedia maklum bahawa Unity (dekstop shell/environment) pada Ubuntu
telah pun digugurkan beberapa bulan lalu dan diganti dengan Gnome.
Ramai yang 'menarik nafas lega', ramai pula yang berasa kesal dengan
keputusan tersebut. Apa yang menarik tentang sesuatu projek bersumber
terbuka ini ialah sekiranya ia 'dimatikan' dari satu sumber, namun jika
ia mendapat sokongan kuat dari komuniti dan pembangun, maka tidak
mustahil untuk ia dapat 'dihidupkan' semula.
Begitulah yang terjadi kepada Ubuntu yang disertakan dengan Unity.
nampaknya ura-ura ia kembali dihidupkan (fork) menjadi kenyataan apabila
idea tersebut mendapat sokongan dari komuniti.
Dikatakan perbincangan mengenai terbitan baru Ubuntu ini masih dalam
perbicangan awal, namun Canonical sudah memberi lampu hijau kepada
mereka yang terlibat untuk menggunakan nama 'Ubuntu'.
Kini sudah ada ISO yang berasaskan versi 18.04, namun apabila sudah memasangnya ia dipapar sebagai 17.10.
Bagaimana saya tahu? Saya menulis artikel ini melalui Ubuntu Unity.
Selain daripada Unifi Bonanza, kini Maxis
turut hadir dengan penawaran hujung tahun mereka tersendiri yang
menawarkan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada harga yang sangat
kompetitif.
Kini, Maxis menawarkan diskaun untuk dua pakej mereka, dimana pengguna boleh mendaftar akaun MaxisONE Home 10Mbps pada harga RM119 sebulan (berbanding kebiasaan RM139), dan juga MaxisONE Home 30Mbps pada harga RM139 sebulan (berbanding RM179).
Selain penawaran akses kepada internet, pengguna juga ditawarkan dengan
panggilan suara untuk semua talian dalam negara tanpa had secara
percuma.
Maxis mengatakan harga promosi ini sah untuk tempoh kontrak selama 24 bulan, dan selepas itu, harga akan berubah seperti biasa.
Untuk pendaftaran pula, Maxis membuka pendaftaran pakej promosi ini
untuk pelanggan baru untuk pakej 10Mbps, sementara pakej 30Mbps dibuka
untuk pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada MaxisONE Home yang
telah tamat kontrak 2 tahun mereka.
Promosi ini ditawarkan oleh Maxis daripada hari ini sehingga 31 Disember 2017
kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Maxis hari ini,
dan mungkin boleh melakukan peralihan ke pakej ini untuk menikmati
penjimatan.
Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada
iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan
sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS
bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih
selamat berbanding Touch ID.
Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s
Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah
kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti
dapat dinyakunci dalam masa 0.9 saat. Face ID pula memerlukan 1.48 saat untuk peranti dinyahkunci.
Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan
Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal
skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana
hanya jari perlu menekan butang home dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin.
Perbezaan masa nyakunci ini adalah kecil tetapi bagi mereka yang sudah
biasa dengan kepantasan ia mungkin akan menjengkelkan. Kami secara
peribadi tidak mengunci peranti kerana sudah menjadi tabiat sejat tujuh
tahun yang lalu.
Sistem Face ID ialah pertaruhan berani mati Apple setelah ia
menggantikan sepenuhnya sistem imbasan Touch ID pada iPhone X. Menurut
Apple sistem Face ID adalah lebih sukar dipintas berbanding Touch ID.
Sistem yang selamat ini walaubagaimanapun telah berjaya dipintas oleh
firma sekuriti Bkav yang berpangkalan di Vietnam.
Topeng yang dihasilkan menggunakan cetakan tiga dimensi, gambar wajah
pemilik dan hidung yang diperbuat daripada silikon digunakan untuk
memintas Face ID pada sebuah iPhone X. Ini menurut Bkav membuktikan
sistem imbasan Face ID masih belum matang untuk digunakan sebagai sistem
sekuriti. Sebelum ini Bkav juga pernah memintas sistem imbasan wajah
yang digunakan pada komputer riba. Pihak Apple masih belum memberikan
kenyataan mengenai isu ini.
Bateri merupakan antara komponen penting pengguna komputer riba
khususnya bagi mereka yang kerap melakukan tugas atau melayari Internet
ketika berada diluar rumah atau tempat yang tidak mempunyai soket
elektrik. Namun, seperti komponen komputer yang lain, bateri turut
mempunyai penyusutan dalam tempoh hayatnya dan amat jarang sekali
prestasi bateri kekal maksimum terutama bila telah digunakan dalam
jangka masa yang lama.
Antara tips yang biasa didengar untuk memanjangkan tempoh hayat
bateri adalah dengan mengeluarkan bateri dari slot komputer riba apabila
komputer disambungkan kepada soket elektrik. Namun, tanpa mengetahui
maklumat seperti tempoh hayat dan kapasiti bateri, tindakan ini
dikhuatiri akan mendatangkan kesan lain pada komponen komputer riba.
Kini, dengan menggunakan perisian BatteryCare, anda boleh mengetahui
tempoh hayat serta maklumat tenaga, rekod penggunaan, dan melakukan
kaliberasi bateri.
Melalui BatteryCare, perisian tersebut membawakan maklumat
penggunaan, jumlah tenaga, kapasiti dan tahap penggunaan. Dari aspek
kaliberasi, BatteryCare turut mencatatkan rekod kaliberasi tarikh dan
jumlah kaliberasi yang dilakukan.
BatteryCare yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows
ini turut dioptimasikan agar berfungsi mengikut pelan kuasa yang
ditetapkan oleh Windows seperti Balanced atau High Performance dan sokongan kepada pelan kuasa yang direka oleh pengguna.
Menariknya, BatteryCare turut didatangkan dengan fungsi termometer
maya yang memaparkan suhu komponen komputer seperti cakera keras dan CPU
dengan baik sekali.
Bagi anda yang ingin lebih kawalan dan maklumat mengenai hayat bateri
komputer riba, anda mungkin boleh mencuba perisian ini dengan memuat turun BatteryCare hari ini.
Sebuah syarikat pembekal warranti telefon, SquareTrade telah
melaporkan dalam ujian mereka yang Apple iPhone X yang bakal dilancarkan
di Malaysia tidak lama lagi, adalah telefon pintar paling mudah pecah
setakat ini.
Takhta tersebut sebelum ini dipegang oleh Samsung
Galaxy S8, di mana Samsung S8 menjadi telefon pintar pertama yang pecah
pada semua bahagian dalam ujian jatuhan pertama dan mendapat 76 daripada
100 markah. Semakin tinggi markah dalam ujian mereka, semakin tinggi
risiko untuk telefon tersebut mudah pecah.
Apple iPhone X pula dilabelkan sebagai rekaan telefon pintar yang mempunyai risiko 90 daripada 100 markah, melalui ujian mereka.
Dengan menggunakan beberapa siri ujian bagi menguji ketahanan peranti
terbaru syarikat Apple itu, pada jatuhan pertama setinggi 6 kaki sudah
cukup untuk merosakkan skrin telefon tersebut serta mencalarkan bahagian
badan.
Jatuhan terus pada bahagian skrin pula menyebabkan bahagian skrin iPhone
X retak dengan bahagian kacanya mula longgar. Bahagian belakang telefon
tersebut yang juga diperbuat daripada kaca mengalami retak besar
apabila dijatuhkan pada bahagian belakang.
Walaupun ada pihak mempertikaikan hasil ujian yang dijalankan oleh
SquareTrade yang dikatakan lebih berminat untuk mempromosikan warranti
tambahan bagi peranti-peranti telefon yang mereka jual, SquareTrade
menafikan dakwaan tersebut. Ujian yang dijalankan oleh SquareTrade
bertujuan untuk mengenalpasti dakwaan pihak Apple, yang mendakwa kaca
yang meliputi iPhone X adalah paling lasak pernah digunakan dalam
peranti keluaran mereka setakat ini.
Peminat-peminat produk Apple
menafikan dakwaan SquareTrade dengan ujian-ujian yang mereka lakukan
sendiri, namun konklusi sama turut diperolehi oleh pihak CNet, media
gergasi Amerika Syarikat yang melakukan ujian yang hampir serupa dengan
ujian SquareTrade.
Dalam ujian CNet, iPhone
X yang dijatuhkan hanya dari jarak 3 kaki sudah mengalami retakan pada
jatuhan pertama dan dalam siri ujian lain, iPhone X tidak berupaya tahan
dan mengalami kerosakan teruk.
Apa yang menakutkan, kos untuk
membaiki peranti yang berharga RM5000 lebih di Malaysia ini juga tinggi
dan serta sukar dibuat, menjadikan Apple iPhone X diisytiharkan sebagai
telefon pintar paling mudah pecah dan cukup sukar untuk dibaiki,
berdasarkan ujian CNet, ketinggian 3 kaki pun sudah cukup untuk
menjahanamkan iPhone X anda.
Nasihat kami, andai ada di antara pembaca Iluminasi yang mampu membeli
sebuah Apple iPhone X ini, gunakanlah bekas pelindung untuk telefon anda
sejak hari pertama anda membelinya. Takut-takut jatuh dan pecah,
membuatkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.