Click di bawah,webhosting murah

Cara Membuat Serangan DDOS terhadap Website

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ini admin akan ajar para pembaca step by step membuat serangan DDOS.

Untuk pengetahuan anda semua, serangan DDOS tidak dapat dielakkan bagi pemilik website. Kenapa tidak dapat elak?
Baca posting saya sebelum ini tentang APA ITU DDOS?. Serangan DDOS tidak la terlalu rumit kerana untuk membuat
serangan DDOS ni budak darjah 5 pun boleh buat.

Sebenarnya , admin dah lama cuci tangan dalam bab bab macam ni. Ni admin main masa zaman jahiliyah ketika form 5 until diploma semester 3. Sekarang x tahu la masih ada ka orang main DDOS ni.haha

Bagi pengguna OS windows ada 3 cara untuk membuat serangan DDOS. Ketiga tiga alat ni sahaja yang admin tahu kerana
admin pernah pakai ketika zaman jahiliyah dulu.haha

1) CMD  ( Command Prompt )
2) LOIC ( Low Orbit Ion Cannon )
3) HOIC ( High Orbit Ion Cannon )


Okay, Kali ini admin akan ajar cara membuat serangan DDOS menggunakan CMD. Untuk PENGETAHUAN pembaca, serangan
DDOS tidak akan berjaya dengan seorang penyerang sahaja. Macamana nak fahamkan ya? Okay, macam ni.. Korang pernah
alami x, nak buka website portal Universiti korang nak cek keputusan Final exam tapi tak dapat bukak? Server loading
lama sangat dan kadang-kadang langsung tidak dapat buka? Mesti pernah kan. Hali ini disebabkan terlalu banyak ping
dari user user yang nak bukak laman web tersebut. faham kan? konteks dia sama la dengan DDOS. Tapi serangan DDOS ni
lagi power sebab 1 pc boleh menghantar beratus ping. Okay proceed ke tutorial.

DDOS MENGGUNAKAN CMD

1) Buka CMD & taip ping [alamat website]. Step ni ajar anda bagaimana mencari alamat IP untuk
   website target. Sebagai contoh admin gunakan www.arfiqri.com. So commandnya adalah:

  # ping www.arfiqri.com

Kemudian, tekan enter.. selepas beberapa saat hasil akan terpapar. Yand admin bulatkan adalah Ip adress untuk website www.arfiqri.com . 172.217.24.179


2) So ip adress kita dah dapat kan. 172.217.24.179 . selepas itu , kita masukkan command

    #  ping 172.217.24.179 -l 399 -n 1000 -w 10

-n= nilai ping ( letak berapa berapa ja ) -W= jangka masa untuk menghantar setiap ping
-l= Saiz paket data yang dihantar

Kemudian , tunggu website yang kita target tu down.. Tapi kena ingat, serangan memamg tidak akan menjadi kalau satu pc ja yang buat serangan DDOS .hahaha


Selain menggunakan CMD, ada dua tools untuk membuat serangan DDOS iaitu LOIC & HOIC.
Tapi yang ni admin tak perlu ajar , rasanya yang di atas dah cukup kot.hahaha


Sekian terima Kasih.. Tutorial yang admin ajar hanya untuk kegunaan pembelajaran sahaja. Next post admin akan ajar banyak tutorial lagi okay.
Share:

Apa Itu DoS dan DDoS Attack?

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mesti ramai yang belum tahu kan apa itu DDOS?

Denial-of-Service Attack (DoS Attack) atau Distributed Denial-of-Service Attack (DDoS Attack) adalah satu percubaan untuk menjadikan sumber komputer 'tidak tersedia'@'OFFLINE' untuk penggunanya. Dengan kaedah serangan DoS, permintaan (request) dihantar merentasi rangkaian dari sudut serangan tunggal ke sasaran tunggal atau berbilang (destinasi) pelayan dan memperbanyakkan ia dengan permintaan yang palsu. Dengan memperbanyakkan permintaan tersebut, maka permintaan yang asli tidak dilayan, dan dari situlah berlakunya PENAFIAN PERKHIDMATAN (Denial-of-Service).

Perbezaan utama antara keduanya ialah bahawa serangan DoS ini datang dari satu sumber dan DDoS daripada pelbagai sumber. Serangan DoS ini berlaku apabila penyerang membanjiri rangkaian dengan pelbagai maklumat. Apabila anda menaip URL laman web tertentu ke dalam pelayar anda, anda menghantar permintaan kepada pelayan komputer yang menjadi tapak kepada laman web itu, untuk melihat halaman laman web tersebut. Pelayan hanya boleh memproses beberapa permintaan sekaligus, jadi jika penyerang membebani pelayan dengan permintaan yang begitu banyak, ia tidak dapat memproses permintaan anda. Ini adalah 'penafian perkhidmatan' kerana anda gagal mengakses laman web itu. Korang dah mula faham dengan penjelasan mengenai kaedah serangan ini?

Kaedah serangan DDoS boleh menggunakan komputer anda untuk menyerang komputer lain. Dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan atau lubang-lubang keselamatan, seorang penyerang dapat mengambil alih komputer anda. Beliau kemudian boleh memaksa komputer anda untuk menghantar jumlah data yang besar ke laman web atau menghantar spam kepada alamat e-mel tertentu. Serangan itu 'diedarkan' (distributed) kerana penyerang menggunakan komputer secara berbilang, termasuk komputer anda, untuk melancarkan serangan penafian perkhidmatan.

Dengan kata mudah ambil contoh kita menghantar pelbagai permintaan HTTP (HTTP Request) kepada sasaran. Pelayan mempunyai lebar jalur yang tetap dan had bandwidth tertentu jadi apabila kita menghantar beribu-ribu permintaan atau sesi pada masa tertentu dari satu titik tunggal, selepas beberapa sela masa pelayan itu (server) akan 'mati' @ 'down'.

Gejala serangan DDoS terhadap website:

* Prestasi rangkaian menurun. Tidak seperti biasa, buka fail atau akses website lebih perlahan.
* Ciri-ciri tertentu di tapak website hilang.
* Laman web tidak boleh diakses.
* Peningkatan bilangan e-mel spam yang diterima adalah dramatik. Jenis DoS ini sering disebut   "Bom Mail".


Tetapi anda sebagai pemilik website boleh mengelak serangan DDOS ini dengan memasang beberapa plugins atau tools yang telah disediakan oleh vendor Webhosting anda semua. Dengan kepakaran IT para pemaju pemaju aplikasi di dunia telah menyediakan banyak cara & tools yang boleh anda pasang di website anda sendiri bagi mengelak serangan DDOS. Sebagai contoh gambar di bawah. Website berkenaan telah memasang ANTI-DDOS untuk mengelakkan serangan DDOS.


Antara jenis-jenis serangan DoS ialah:

- Ping Flood
- Ping of Death.
- Smurf / Smurfing Attack
- SYN Flood
- Fraggle
- Tear Drop
- LOIC ( LOW ORBIT CANNON )
- HOIC ( HIGH ORBIT CANNON )

Posting seterusnya saya akan ajar anda step by step untuk membuat serang ddos website.
Share:

HACK Windows 8.1/10 password ( UEFI SUPPORT )

Assalamualaikum warohmatullah & Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari ni admin nak ajar you all macamana nak setup Konboot Usb windows 8.1/10 ke pendrive dahulu..



Okay, first of all, admin nak terangkan Konboot Usb ni untuk apa?😑😑😑😑 Konboot usb ni kegunaan dia adalah untuk bypass ataupun word belagak dia ( Hack ) password windows 8/8.1/10..

Sebelum ni admin ada ajar cara nak bypass password untuk windows 7. Click Di Sini untuk baca tutorial bypass windows 7 password.

Tetapi, hari ni admin nak ajar bypass windows 8.1 ke atas pula.. First step , you all kena setup Konboot tu ke dalam pendrive untuk jadikan konboot tu bootable media yang boleh dibaca Bios sebagai startup drive.

Versi terbaru Konboot usb windows 8.1/10 ni dapat menyokong Mode BIOS UEFI & LEGACY. Versi sebelum ni yang admin ajar hanya dapat menyokong Bios Mode Legacy sahaja.

Okay, let kickstart our tutorial..
Sebelum tu, korang kena ada dua benda sebelum memulakan step step seterusnya:

  1. Pendrive
  2. Konboot Usb File.. tekan download di bawah untuk download

Click Me!

Konboot Usb windows 8/8.1/10 ( 808.26kb )( UEFI SUPPORT )



STEP BY STEP INSTALLING KONBOOT KE DALAM PENDRIVE

 Lepas dah download tu, extract kan file rar tersebut.. refer gambar di bawah..

Lepas dah extract tu, Run As Administrator KonBootInstaller..


lepas tu tekan okay..

Lepas tu, dekat bahagian Available Usb Drive tu, make sure korang pilih Pendrive yang korang nak buat bootable media konboot.. 1GB pendrive pun boleh..

 Then , Tekan Install to USB Stick (with UEFI Support )..

Lepas tu tekan YES.

Lepas tu biarkan installer tu jalan...

Bila dah siap, dia akan keluar notis macam gambar di bawah..

Okay.. bila dah siap semua ni... kita eject pendrive tersebut dan cucuk dekat laptop or pc yang kita nak bypass password...

STEP BY STEP BYPASS PASSWORD WINDOWS 8.1/10

  1. Cucuk pendrive di laptop yang ingin digodam.haha
  2. Hidupkan laptop & change boot order pendrive di dalam BIOS. Letakkan kat order paling atas USB pendrive yg kita sudah install KonbootUsb.
  3. Kalau x faham step 2. On laptop tekan button F12 untuk masuk ke mode Boot Setup. ( Key mode setup bagi setiap model adalah berlainan ). Lepas tu Pilih USB drive yang kita suda install konboot.
  4. Kemudian just tunggu sampai ke User Interface login windows, then hit enter.
  5. Di bawah saya sertakan tutorial video. Korang boleh nonton supaya senang nak hadam kat kepala korang tu. Disertakan juga Proof Of Concept. Sekian terima kasih.


Kalau ada Link yang x work, bole report dekat admin okay...
Share:

Apa Itu Crack, Patch, Serial, Keygen? adakah ia virus?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca sekalian.. hari ni admin ingin share sesuatu info yang ramai tak tahu.. Cerita hari ni pasal crack,keygen,ataupun patch software & persoalannya adakah ianya virus? konfem la virus, sebab apa apa benda yang bukan original, most antivirus detect sebagai virus (trojan/patch atau trojan/crack.dll atau cracktools/32)

Terdapat 4 cara untuk 'mengubahsuai' sesuatu fail dan menggunakannya dalam versi penuh (Full Version). Cara ini menjadikan sesuatu program yang kita gunakan itu tidak lagi disekat penggunaannya atas sebab versi percubaan sudah tamat dan sebagainya.

 Tujuan ia dibuat adalah untuk mengelakkan daripada program tersebut disalin semula dan diedarkan secara tidak sah. Namun apa jua dalam internet adalah tidak mustahil dilakukan dan ia boleh dilepasi (bypass) dengan 4 cara/tools iaitu:

  1. Crack
  2. Patch
  3. Serial
  4. Keygen

Penerangan

Crack : Crack ialah fail dari program, yang istilah mudah fahamnya - 'pre-hacked' oleh para Crackers yang mahir. Biasanya crack merupakan fail .exe dari sesuatu program tetapi dalam versi yang telah diubahsuai. Ia juga boleh jadi fail DLL atau fail utama dari program (contohnya registry) yang digunakan untuk 'mendaftarkan dirinya' sendiri atau memeriksa status perisian secara atas talian. Fail yang telah diubahsuai (Cracked) biasanya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Kelemahan untuk fail versi ini ialah ia boleh menjadi besar kerana ia merupakan versi ubahsuai sahaja dari versi yang asal. Apabila seseorang pengguna mengemaskini perisian, ia akan menyalin kembali (overwrite) fail crack tersebut dan ia akan kembali kepada keadaan asal. Perkara ini selalu berlaku untuk perisian IDM (sekadar contoh).

Patch: Patch lebih baik dari Crack. Ianya bersaiz lebih kecil dan biasanya mempunyai maklumat mengenai kegunaanya. Ia adalah satu program yang berasingan digunakan untuk perisian yang telah siap dipasang untuk membuat fail itu menjadi Crack (.exe, DLL). Dengan Patch, anda boleh membuat fail CRACK. Apabila anda klik pada fail Patch, kebiasaanya anda akan dapat melihat 'nama kumpulan' yang mengeluarkannya, Cracker yang telah membuatnya, maklumat tentang fail pada perisian yang akan di-crack dan lain-lain lagi.

Serial: Kebanyakan orang sudah tahu apa itu 'serial' @ 'serial number' dan bagaimana untuk menggunakannya (dalam bahasa melayunya 'nombor siri'). Lazimnya serial yang disediakan akan mendaftarkan program perisian dengan nama Cracker program tersebut atau laman web yang mengedarkannya. Adakalanya serial boleh digunakan dengan mana-mana maklumat (seperti nama anda), dan adakalanya ia telahpun ditetapkan (nama, e-mel, syarikat). Kelemahan terbesar kepada serial adalah istilah yang dipanggil 'blacklisting'. (Google 'what is serial blacklisting' jika anda tidak tahu makna istilah ini)

Keygen: Keygen adalah singkatan bagi 'Key Generator'. Keygen adalah penyelesaian terbaik kepada kaedah membuat crack pada perisian. Keygen membolehkan anda untuk menjana data pendaftaran yang betul untuk program menggunakan mana-mana maklumat anda seperti (nama, e-mel, syarikat) tanpa mengubah apa-apapun dalam program (sama dengan serial, tetapi selalunya hanya untuk anda). Ada masanya keygen akan menjana satu serial bagi anda untuk digunakan, dan ada masa yang lain ia mungkin menjana fail lesen yang perlu diimport ke dalam program. Keygen mempunyai pelbagai kegunaan lain. Untuk perisian yang memerlukan pengaktifan, seringkali keygen akan membolehkan anda untuk menggunakan kaedah 'Phone Activation'. 

P/S: Banyak program yang memerlukan pengaktifan membolehkan anda berbuat demikian melalui Internet atau melalui telefon. Keygen hanya meniru apa yang dilakukan oleh orang di syarikat perisian untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa berkemungkinan setiap fail yang anda muat turun dari internet (Crack, Patch, Keygen) kerapkali mengandungi virus yang terdiri dari Trojan (biasanya keylogger) tetapi mungkin juga ia merupakan False Positive Alarm dari antivirus. Oleh itu sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang telah anda muat turun, buat backup terlebih dahulu, dan kalau takut, jangan gunakannya, tambahan lagi sekiranya sekuriti komputer anda lemah! (antivirus tidak dikemaskini, atau tiada antivirus langsung kecuali anda 'Advance User'). Jika anda mahu menggunakannya juga, sila gunakan Sandboxie bersama.

Share:

XIAOMI REDMI 5A KINI TELAH DILANCARKAN!


TARIKH PELANCARAN, HARGA & SPESIFIKASI

Sebelum korang baca, please klik link 8Share saya .. please... Sedekah 20sen.haha Klik Sini


Baru-baru ini,xiaomi telah melancarkan model Redmi 4A dengan harga yang mampu milik. Kini Xiaomi telah melancarkan model peranti baru mereka iaitu Redmi 5A di Cina.Ia mempunyai paparan 5-inci dan menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 425, Redmi 5A yang baru membawa beberapa ciri-ciri yang baik pada harga yang sangat rendah. Manakala ia turut menampilkan perubahan yang kecil jika dibandingkan dengan Redmi 4A. Xiaomi telah mengekalkan harga pada CNY 600 atau RM 382.97  & menjadikannya salah satu peranti Android yang termurah di pasaran.

Reka bentu unibody logam

Salah satu perubahan utama dengan Redmi 5A ialah reka bentuk unibody logam, merupakan penambahbaikan 
yang sangat baik dalam lingkungan harga ini. 
Beberapa bulan lalu, Redmi 4A melancarkan harga yang sama tetapi menggunakan unibody plastik.





Masih spesifikasi yang sama, tetapi masih berbaloi untuk dibeli

Selain reka bentuk unibody logam, Xiaomi Redmi 5A tidak mempunyai ciri-ciri baru atau penambahbaikan
baru. Walau bagaimanapun, telefon ini menawarkan harga yang sangat murah, Ia dilengkapi dengan
paparan LCD IPS resolusi HD 5 inci dan beroperasi pada MIUI 9 berdasarkan Android 7.1 Nougat.


Menariknya,yang membuat Redmi 5A lebih power adalah penggunaan Processor 
quad-core Qualcomm Snapdragon 425 yang digabungkan dengan RAM 2GB dan penyimpanan 16GB. 
Anda boleh naiktaraf storan dalaman sehingga 256GB menggunakan kad microSD dalam slot SIM kedua.
 

Pada bahagian belakang, Redmi 5A mempunyai kamera f  13Megapixel/2.2 camera serta flash LED dan 
sokongan untuk rakaman 1080p. Di bahagian depan, ia hadir dengan kamera 5MP f / 2.0 yang lebih baik, 
jadi pengguna boleh merasai gambar swafoto yang lebih baik & paparan video call yang lebih.

Ciri-ciri lain dari Redmi 5A ialah dual SIM, 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth, FM Radio dan Inframerah. 
Telefon ini disokong oleh bateri 3000mAh yang sedikit lebih kecil, manakala Redmi 4A menampilkan
bateri 3120mAh yang lebih besar.

Harga dan pasaran Xiaomi Redmi 5A

Xiaomi Redmi 5A berharga CNY 600, atau secara kasar untuk matawang Malaysia ialah RM 382.97 
menjadikannya pilihan yang sangat baik. Ia akan dijual pada mulanya di China, dengan butiran  spisifikasi
lebih luas yang akan didedahkan pada minggu-minggu akan datang. Pra pesanan untuk telefon bermula hari ini, 
dengan telefon yang dijual di Xiaomi Mall dan rakan kongsi dalam talian lain seperti Lazada & Ebay.

Share:

Cara Bahagikan Partition Hard Disk

Assalamualaikum & salam sejahtera.. You all mesti pernah mengalami masalah game lagging and performance laptop korang agak slow kan? cuba tengok kat local disk C you all , penuh ? dah merah? haha 😯

Faktanya di sini ialah, sebenarnya Local disk C adalah storage di mana sofware and system running. Dalam local disk C sebenarnya terletaknya Folder folder penting seperti Desktop, My document, My music, My Video, My Download & sebagainya.

Apabila kita install software, ianya konfem akan install dekat Program Files right?? Sebab, mana mana software yang kita install akan letak kat Local Disk C. faham x? Thats mean, sebenarnya local disk C adalah untuk software dan sistem sahaja.. Manakala , storage lebihan local disk C tersebut dijadikan RAM atau nama lainnya PAGING FILE tambahan untuk menjadikan PC kita run lebih smooth.

So, cara terbaik untuk menggunakan penggunaan storage Local disk C adalah dengan memindahkan semua video, gambar dan any dokumen lain selain sistem di partition disk yang lain..

Kadang-kadang laptop yang kita baru beli mereka hanya menyediakan satu partition disk sahaja iaitu LOCAL DISK C. So hari ni, admin akan ajar bagaimana nak pecahkan partition jadi dua partition.
So korang boleh pindahkan separuh data ke local disk sebelah.hehe😃😃😃

sebelum admin mulakan tutorial , bole tolong click LINK ni kejap please..

Okay, Jom start.. admin buat tutorial untuk windows 8.1 okay.. bagi pengguna windows 8.1, langkah pertama yang korang perlu buat adalah , tekan BUTTON WINDOWS serentak dengan button HURUF S. Rujuk gambar di bawah.. kita tekan butang ni untuk bukak search ja actualy.haha


Bagi pengguna windows 7 just tekan start , then tulis kat search tu , taip Disk Management.

Okay, mari teruskan.. selepas tekan button windows+S tu, box search akan terpapar..
Dalam box search tu taip Disk Management ..

Lepas tu, Pilih Create and Format Hard disk partition. Rujuk gambar di atas..


Kemudian.. User Interface Disk Management akan terpapar.. Kemudian, pilih hard disk yang kita nak partition kan then Right click tekan button shrink Volume.. rujuk gambar di bawah.


Okay, lepas tekan shrink tu akan terpapar User Interface untuk kita pilih saiz partition yang kita nak..
refer gambar di bawah...

Dekat kotak ( Enter the amount of space to shrink in MB )  adalah saiz yang kita nak buat untuk partition yang baru nanti..



Okay.. Lepas dah set berapa saiz gb/mb yang kita nak kat new partition tu , tekan button shrink.. owh ya take note ya , 1024 MB bersamaan 1GB , so kalau korang nak 240GB .. 1024MB x 240GB, so korang akan dapat total dia dalam nilai MB. faham kan? alaa.. math biasa ja...

Sebagai contoh admin letak 203534 MB.. lepas letak nilai tu, just tekan Button Shrink


lepas dah tekan button Shrink tu, dye akan proses dalam 5 minit.So, windows dah buat satu partition baru... tapi belum siap okay. lepas dia buat partition, partition kita belum sedia untuk dipakai or dalam istilah komputer ia dipanggil UNFORMAT DISK.  Kemudian ,right click partition baru tu then tekan New Simple Volume lepas tu tekan next next next sampai la finish.. refer gambar di bawah..




Okay. siap!! 😃😃😃😃😃😃😃 kalau x faham boleh komen dekat bawah okay.. jangan lupa share okay?? sekian terima kasih..hehe



Share:

Internet Download Manager (IDM) 6.29 build 2 Crack

Internet Download Manager Universal Web Crack

 

 


Internet Download Manager telah melancarkan version baru mereka yang dikenali sebagai Download Accelerator, means download manager yang laju.
Bila kita menggunakan idm versi pirate, bila dah ada update konfem dia akan detect pirate kan? 
So, sekarang update baru dah ada , anda tidak akan mengalami masalah idm trial lagi.haha

Follow tutorial saya di bawah..

How to Crack ?


1. Install IDM (Any version)
2. Run IDM Universal Web Crack
3. Click Crack button & wait till a message pops
4. That’s all !

What to do when a new version/build of IDM comes ?


1. Update IDM
2. Run IDM Universal Web Crack
3. It will ask to update crack, Update it
4. Crack as usual

How to use the built in Fake Serial Fixer in this crack ?


1. Click on small yellow warning button at bottom right of crack
2. Use the fixer by trying the three methods
3. Click on Close Fixer

What’ new in this Universal Web Crack ?


✓ Better & Faster Cracking
✓ Inbuilt Crack Update Function
✓ Inbuilt Fake Serial Fix System
✓ Better Update method
✓ Lesser size
✓ Online key synchronization

What’s new in 6.29 build 2 ? (Released : October 6, 2017)












































Tekan Sini untuk download ----->  IDM 6.29 build 2 Setup+Crack (8.8 MB)

Share:

Apa itu Bitcoin & Matawang Digital?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu serangan internet bernama WannaCry yang bertindak mengunci semua fail penting didalam komputer.

Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah dikunci tersebut dalam bentuk wang digital atau Bitcoin.

Ramai orang masih tertanya-tanya apa itu Bitcoin? Berikutan itu, kami akan jelaskan kepada anda tentang Bitcoin atau matawang digital dengan harapan anda dapat faham sedikit sebanyak mengenainya. Video dibawah adalah pengenalan ringkas tentang Bitcoin.


Bitcoin ialah sejenis matawang digital yang di panggil Cryptocurrency. Bahasa mudahnya adalah wang internet. Ia dicipta oleh seorang lelaki misteri yang digelar Satoshi Nakamoto.

Yang menarik dan unik tentang matawang ini ialah ia tidak memerlukan orang tengah dalam setiap urusan transaksi. Bermaksud, anda sendiri yang mengawal wang anda tanpa melibatkan pihak ketiga seperti bank.

Anda mungkin akan tertanya, apa itu Blockchain atau adakah ia boleh dipercayai dan bagaimana ia berfungsi? Infografik ini mungkin dapat membantu anda faham bagaimana ia berfungsi.

Jika anda tidak faham infografik diatas, cuba tengok video yang berdurasi selama 10 minit ini. Paul Hickey dan anaknya yang melakonkan situasi agar dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.



Setiap proses transaksi direkod dalam rangkaian log awam (Public Ledger) atau Blockchain seperti yang dijelaskan dalam sumber diatas dan penguna tidak akan didedahkan identiti mereka kecuali ID Wallet Bitcoin.

Nilai Bitcoin kini makin meningkat berbanding penilaian tertinggi pertamanya pada tahun 2013 iaitu USD1000 untuk satu Bitcoin.

Dan baru-baru ini nilai satu bitcoin telah mencecah sebanyak USD 2000(MYR8566.90). Dan pada tarikh artikel ini ditulis dan disiarkan, nilainya semakin naik dan kini telah mencecah USD 6023.92 ( RM25, 433 ) untuk satu Bitcoin.

Gila kan harga dia? nak melabur? boleh pm.haha
Share:

Cara nak elak dari serangan Ransomware

Apa itu Ransomware atau virus WannaCry?

 Ransomware ialah sejenis perisian yang akan menyerang komputer anda dan mengunci semua data-data penting. Untuk membuka kunci tersebut, anda perlu bayar bermula dari USD300 dalam bentuk bitcoin cryptocurrency atau wang digital.

 Kisah yang diambil dari The New York Times,


Ibu saya menerima satu nota sehari sebelum Hari Kesyukuran. Nota itu muncul di skrin komputernya,

“Fail anda dikunci. Untuk mendapatkan kunci, anda perlu membayar 300 USD.”

Jika ibu saya gagal membayar dalam masa seminggu, harga akan dinaikkan kepada 1,000 USD. Sekiranya gagal juga, semua datanya akan dipadam dan dihilangkan selama-lamanya.

Kapersky Lab mencatatkan lebih dari 47,000 serangan virus ini di 74 negara. Dan menurut Avast, mereka mengenalpasti hampir 57,000 serangan di seluruh dunia.

 

Bagaiman Cara Ia Menyerang.

Ransomware akan mula menyerang apabila anda tidak sengaja membuka email atau tertekan mana-mana pautan yang anda tidak tahu sumbernya.

Kemudian virus ini akan menyerang komputer-komputer lain disekeliling yang mengunakan sumber internet yang sama seperti Wi-Fi.

Ransomware tak pernah merebak sepantas ini. Pengodam yang mengelar diri mereka, “Shadow Brokers” berterima kasih atas kecurian NSA sejata siber yang dinamakan EternalBlue.

Lakukan Perkara Ini Sebelum Terkena.

Jika anda mengunakan komputer Microsoft, cepat-cepat ikut langkah ini sebelum anda terkena serangan siber dunia ini.

1. Jangan simpan fail-fail penting dalam komputer anda.
2. Simpan fail di 2 tempat berasingan. Guna External Hard-Drive atau pakai aplikasi seperti Dropbox, Google Drive dan sebagainya.
3. Jangan buka apa-apa email atau tekan mana-mana pautan dari orang yang anda tak kenali.
4. Kemaskini semua perisian yang anda guna termasuk Windows Microsoft. Ini WAJIB.
5. Microsoft mencadangkan anda mengunakan Windows 10 dan pasang sekuriti yang dikemaskini MS17-010.

Jangan bayar untuk membuka kembali fail anda yang telah dikunci sebab tiada jaminan serangan ini akan terhenti. Ingat, anda berurusan dengan penjenayah siber.

Anda boleh teruskan bacaan anda dipautan-pautan yang kami sediakan. Sekiranya anda ingin menyuarakan pendapat dan pandangan atau cadangan yang lain, komen dibawah.

Sekiranya artikel ini membantu, sebarkan kepada rakan yang memerlukan sebelum mereka terkena jangkitan virus ini.

Sumber : The New York Times, Heimdal Security, Avast Security, CNN, Foxnews.


Share:

Popular Posts

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

About Me

Followers

Popular

Labels

Artikel (11) Hack (8) News (8) software (8) Tips (24) Windows 8 (3)

Pages